Siapa pembocor data peribadi rakyat Malaysia
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dengan mengehadkan hanya 44 agensi berkaitan kerajaan yang boleh mengakses data peribadi rakyat Malaysia menerusi pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan dibuat selepas KDN mengenal pasti beberapa pihak yang sebelum ini mempunyai akses kepada pangkalan data milik JPN dan bertindak menjual data peribadi 22 juta rakyat Malaysia di sesawang forum pasaran teknologi Lowyat.net dengan harga USD10,000 (RM43,870) baru-baru ini.
Data peribadi yang bocor itu berkemungkinan diperoleh daripada pelbagai sumber lain, antaranya laman sosial, syarikat telekomunikasi, institusi kewangan dan agensi kerajaan lain termasuk pejabat tanah dan galian sebelum dijual di pasaran gelap.
Pendedahan Hamzah itu sekali gus menafikan bahawa ‘orang dalam’ JPN bertanggungjawab terhadap penjualan data peribadi tersebut.
Dapatkan laporan penuh berita menarik ini di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!