Guardian anjur Guardian Fun Run pada September
SHAH ALAM - Guardian Malaysia (Guardian) akan menganjurkan Guardian Fun Run di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, pada 17 September nanti sebagai acara penutup bagi kempen ‘Live Health Smart’.
Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Malaysia dan Brunei, Asia Tenggara, Angela Teo, berkata, Kempen ‘Live Health Smart’ yang berlangsung pada 27 Jun hingga 31 Julai dan Guardian Fun Run merupakan responnya terhadap hasil penemuan Kajian Kesihatan Kebangsaan Guardian yang dikendalikan sepanjang April dan Mei 2022.
Menurutnya, Guardian Fun Run bakal dipenuhi dengan pelbagai acara yang menyeronokkan untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak.
“Ia menjanjikan suasana keriangan karnival dan akan memuatkan Permainan Karnival, persembahan pentas, produk percuma untuk dicuba, trak makanan dan cabutan bertuah dengan hadiah berjumlah RM10,000 untuk dimenangi(hanya layak disertai oleh peserta larian fizikal),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Teo berkata, terdapat tiga kategori larian, iaitu Larian Keluarga 3 kilometer (km), Larian Neon 5km dan Larian Maya 5km yang membolehkan pelanggan yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.
“Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar pada 27 Jun hingga 24 Julai 2022. Bermula 25 Julai hingga 15 Ogos 2022, tiket akan dijual pada harga RM60 untuk dewasa untuk kategori Larian Neon 5km,” katanya.
Beliau berkata, untuk mendaftar, hanya imbas kod QR Guardian Fun Run yang terdapat pada semua platform media sosial Guardian, laman web dan stor dalam talian atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ di Apple App Store untuk mendaftar.
“Pengambilan pek larian telah dijadualkan pada 10 dan 11 September 2022 dan semua peserta yang berdaftar akan menerima banyak hadiah.
“Guardian juga mengadakan promosi ‘Live Health Smart’ istimewa Guardian pada bulan Julai ini untuk tawaran luar biasa untuk semua barangan keperluan kesihatan anda di samping video-video dan webinar kesihatan di semua platform media sosial Guardian,” katanya.
Mengulas lanjut, Teo berkata, penemuan utama daripada Kajian Kesihatan Kebangsaan Guardian menunjukkan bahawa 74 % daripada responden bersenam untuk kekal cergas dan sihat.
“Mereka menyedari kepentingan senaman sejak pandemik Covid-19 melanda. Mereka juga inginkan gaya hidup yang seimbang, pemakanan bernutrisi yang baik dan makanan tambahan.
“Jadi, semua aktiviti berorientasikan kesihatan kami adalah selari dengan visi dan janji Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!