Pilihan raya umum Kemboja 23 Julai 2023

- Foto123RF
- Foto123RF
A
A
A

PHNOM PENH - Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh, lapor Xinhua.

"Menteri kabinet, menteri dalam negeri, menteri ekonomi dan kewangan, semua menteri dan semua ketua-ketua institusi berkaitan perlu melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah diputuskan dengan penuh dedikasi mulai tarikh tandatangan,” katanya.

Negara Asia Tenggara itu mengadakan pilihan raya umum lima tahun sekali.

Pada pilihan raya umum lepas yang berlangsung 29 Julai 2018, Parti Rakyat Kemboja memenangi kesemua 125 kerusi dewan perundangan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!