Anwar adakan pertemuan bersama Rafizi, Nurul Izzah
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengadakan pertemuan bersama bakal Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Pertemuan itu dilihat menerusi perkongsian gambar Ahli Parlimen Port Dickson itu di Facebook miliknya pada Rabu.
"Semalam (Selasa) ketemu saudara Rafizi Ramli sambil diapit saudari Nurul Izzah. Bual santai selain bincang agenda memperkukuh Keadilan," tulisnya.
Rafizi sebelum ini dilapor berkata bahawa akan mengatur perjumpaan bersama Anwar dengan segera untuk memulakan urusan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata, PKR akan kembali kuat apabila keseluruhan anggota dari akar umbi ke presiden bergerak dengan satu strategi dan masing-masing melaksanakan tugasan dengan berkesan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!