Maik sedia semak semula kadar bantuan zakat
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sedia menyemak semula kadar bantuan zakat dan had kifayah yang diterima oleh asnaf di negeri ini.
Maik menerusi satu kenyataan kepada berkata, semakan semula seiring dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat ketika ini.
"Had kifayah yang sedia ada akan diperbaharui dan ditambah baik dan penilaian semula (had kifayah) telah pun dicadangkan.
"Semua perkara tersebut dalam proses dan tindakan Maik," katanya pada Rabu.
Menurutnya, selain itu terdapat beberapa penambahbaikan bagi kadar bantuan zakat yang meliputi bantuan am, bantuan perubatan dan juga bantuan bulanan.
Beliau berkata, kenaikan 60 peratus dari kadar lama sudah dilaksanakan oleh Maik bagi bantuan am dan kenaikan sekali ganda bagi bantuan perubatan.
Selain itu, bilangan kadar bantuan bulanan juga telah ditambahbaik dari dua kadar (RM 200 dan RM 400) menjadi empat kadar (RM300, RM500, RM600 dan RM700)," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!