Tak dapat bantuan BKM, nasib 'Kak Long' dapat perhatian LZS

Tangkap layar ciapan LZS di Twitter pada Rabu.
Tangkap layar ciapan LZS di Twitter pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghubungi seorang wanita yang tular menghidap penyakit kanser dan tidak mendapat sebarang bantuan kewangan untuk kelangsungan hidupnya.

LZS menerusi satu ciapan di Twitter memaklumkan wanita yang dikenali sebagai 'Kak Long' itu dihubungi bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan keadaannya.

Namun pada Rabu, LZS memaklumkan bahawa wanita berkenaan berjaya dihubungi, namun perlukan masa untuk berehat lantaran baru selesai menjalani sesi rawatan kemoterapi.

"Alhamdulillah 'Kak Long' sedia untuk beri kerjasama. Cumanya hari ini 'Kak Long' baru saja selesai jalani rawatan kemoterapi dan perlukan masa untuk berehat. InsyaAllah dia akan maklum semula bila sudah bersedia.

'Kami akan cuba membantu beliau mengikut kelayakan had kifayah daripada hasil siasatan nanti," kata ciapan tersebut pada Rabu.

Pada Selasa, kisah wanita berkenaan tular di aplikasi Tik Tok ekoran permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dibuatnya ditolak.

Lebih memilukan, wanita yang menghidap kanser itu mendakwa dimaklumkan alasan permohonannya ditolak adalah disebabkan memiliki kereta dengan enjin berkapasiti lebih daripada 1.4 cc

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!