Sikap tamak makan diri

Niat asal dia memasukkan bangkai tikus tersebut adalah untuk mendapatkan makanan percuma.
Niat asal dia memasukkan bangkai tikus tersebut adalah untuk mendapatkan makanan percuma.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Seorang lelaki 'terkantoi' selepas perbuatannya memasukkan bangkai tikus ke dalam sup untuk mendapatkan ganti rugi 5 juta yuan (RM3 juta) dari sebuah restoran akhirnya terbongkar.

Menerusi laporan Shanghaiist, lelaki dikenali sebagai Guo itu berkunjung ke rangkaian Haidilao di Beijing bersama isterinya.

Ketika sedang menikmati makanan, lelaki itu mendakwa menemui bangkai tikus dalam sup dan dia mengadukan hal itu kepada pelayan.

Mereka ditawarkan kupon dan pampasan 20,000 yuan (RM12,164).

Tetapi, dia menuntut ganti rugi 5 juta yuan (RM3 juta yuan) yang ditolak restoran terbabit.

Satu siasatan dijalankan selepas kedua-dua belah pihak itu gagal mencapai persetujuan dan mendapati Guo membawa bangkai tikus tersebut kerana mahu mendapatkan makanan percuma.

Tetapi, sikap tamaknya telah memakan diri dan Guo diarahkan membayar 300 yuan (RM182) dan pampasan tambahan 2,400 yuan (RM1,459) kepada restoran terbabit atas kerugian yang dihadapi mereka. - Asia One

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!