'Saya tidak kecewa kekalahan ini...'

Aksi Zii Jia menentang Shesar Hiren Rhustavito dalam perlawanan pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini.
Aksi Zii Jia menentang Shesar Hiren Rhustavito dalam perlawanan pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini.
A
A
A

HASRAT jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk melangkah lebih jauh di Terbuka Malaysia 2022 tidak kesampaian apabila ditunjukkan 'jalan keluar' pada pusingan kedua.

Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis, pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito mencipta sensasi apabila memerlukan 66 minit untuk menyingkirkan pemain nombor lima dunia tersebut.

Pemain dari Jawa Tengah berusia 28 tahun itu yang berstatus ranking ke-26 dunia tersebut menjinakkan pemain kelahiran Alor Setar berusia 24 tahun berkenaan 21-19, 19-21, 21-16.

“Saya rasa lawan bermain agak bagus pada perlawanan ini. Sebelum ini pernah berjumpa dia dan memang perlawanan sukar.

“Saya tak kecewa dengan kekalahan ini kerana banyak perkara yang perlu diperbaiki selepas ini.

“Saya berharap boleh bangkit dalam kejohanan selepas ini,” kata Zii Jia selepas perlawanan tersebut.

Rhustavito akan berdepan jagoan nombor dua dunia dari Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain nombor 13 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long 11-21, 21-8, 21-18 dalam aksi 55 minit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!