Tajuddin dipanggil jika ada yang buat laporan

Laporan penuh di Sinar Premium dan akhbar Sinar Harian
Laporan penuh di Sinar Premium dan akhbar Sinar Harian
A
A
A

SETAKAT ini masih belum ada individu dalam kalangan ahli UMNO membuat aduan kepada Lembaga Disiplin berhubung sidang akhbar khas dan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin.

Salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata, Lembaga Disiplin UMNO akan mengambil tindakan memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak itu sekiranya ada individu yang membuat laporan rasmi.

“Sekarang ini belum ada sesiapa buat laporan. Kalau dah ada orang report (mengadu) barulah Lembaga Disiplin panggil. Selagi belum, macam mana nak panggil.

“Lembaga Disiplin cuma akan panggil kalau kata betul benda tu ada laporan atau aduan. Sekarang ini belum ada sesiapa buat. Nak tengok juga siapa buat laporan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Baca laporan penuh berita ini di Sinar Premium.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!