AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine, termasuk sistem pertahanan antipesawat yang canggih.
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai AS$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa, lapor Xinhua.
Setakat ini AS, telah memberikan bantuan keselamatan sebanyak AS$6.9 bilion kepada Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas pada 24 Februari dan sejumlah AS$7.6 bilion sejak pentadbiran Presiden Joe Biden. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!