Bella Dally selamat diijabkabul
PELAKON dan pengacara Bella Dally, 27 selamat mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Arif Izudin, 34, sekitar pukul 9.30 pagi tadi.
Hanya dengan sekali lafaz pasangan itu selamat disatukan dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Putrajaya.
Hadir sama pada majlis berkenaan adalah ahli keluarga kedua belah pihak dan rakan kenalan.
Majlis berakah itu menyaksikan Arif menyerahkan mas kahwin sejumlah RM1,000 kepada pengantin perempuan.
Pasangan sama cantik sama padan itu terdahulu mengikat tali pertunangan mereka selepas lima bulan berkenalan pada Ogos tahun lalu.
Untuk makluman, ini merupakan perkahwin kedua buat Bella Dally.
Sebelum ini Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 dan bercerai pada 2 Mei 2018.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!