Kereta terhumban dalam rumah
KUALA PILAH - Dua beranak terselamat selepas kenderaan yang dipandu terhumban ke dalam sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, pemandu merupakan seorang wanita berusia 51 tahun dan anaknya, 20-an menaiki kereta jenis Proton Preve.
"Mereka dalam perjalanan ke rumah di Batu Kikir dari Kuala Lumpur. Bagaimanapun, sebaik tiba dilokasi sekitar jam 4.30 petang tiba-tiba pemandu hilang kawalan.
"Kenderaan tersebut terhumban ke dalam sebuah rumah tidak berpenghuni berhampiran Pam minyak dekat Beting, di sini," katanya mengesahkan laporan hari ini.
Haslah berkata, namun dua beranak tidak itu tidak mengalami kecederaan serius selain kenderaan mereka rosak dibeberapa bahagian.
"Mangsa telah pun mendapat rawatan susulan di Hospital dan punca kejadian masih dalam siasatan polis," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!