UMNO perlu terus sokong PM

Mohd Salim
Mohd Salim
A
A
A

JEMPOL - UMNO perlu terus bersama memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menerajui kerajaan ketika ini.

Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, kewujudan kem-kem tertentu dalam UMNO atas sebarang faktor sekali pun sudah tentunya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada parti dan rakyat.

"Perkara tersebut bukan sahaja melemahkan UMNO, malah boleh memecahbelahkan perpaduan yang terjalin dalam parti.

"Tidak lama lagi UMNO sekali lagi perlu berhadapan dengan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) dan jika ingin menambat hati serta kepercayaan rakyat, UMNO tidak boleh dilihat berpecah belah dan perlu menggunakan segala kesempatan yang ada pada hari ini untuk mengembalikan semula sokongan rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, perkara yang lebih utama dan mustahak sekarang adalah mengenai soal kebajikan serta kepentingan rakyat.

Katanya, keadaan negara yang berdepan dengan risiko inflasi dan krisis makanan sudah tentunya memberi kesan mendalam kepada rakyat yang baharu sahaja hendak bangkit semula.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!