Sivasangari hampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia

Sivasangari
Sivasangari
A
A
A

PEMAIN skuasy wanita negara, S Sivasangari menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas memanjat tiga anak tangga untuk kini menghuni ranking ke-16 dunia.

Atlet berusia 23 tahun itu yang muncul juara Kejohanan Skuasy Kebangsaan baru-baru ini, mengumpul purata mata 376.11, demikian menurut https://psaworldtour.com/rankings/world_tour?g=women&q=.

Kedudukan tiga terbaik dunia masing-masing menjadi milik pemain Mesir dengan Nouran Gohar yang meraih 2,259.444 mata, diikuti Nour El Sherbini (1,896.667 mata) dan Hania El Hammamy yang mengumpul 1,542.222 mata.

Dalam pada itu, dua lagi pemain wanita negara Aifa Azman dan Rachel Arnold masing-masing berada di kedudukan ke-24 (299.444 mata) dan ke-34 dunia (225.556 mata).

Sivasangari yang menjadi sandaran emas dan pembawa Jalur Gemilang di Sukan Komanwel Birmingham 2022 bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin terpaksa melupakan hasratnya membuat penampilan di temasya sukan itu selepas terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini.

Justeru, kekosongan yang ditinggalkan beliau akan diisi Aifa yang bakal bergandingan bersama Rachel dalam acara beregu wanita, selain Aifa turut dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang. - BERNAMA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!