Sampan terbalik diisi muatan pokok teratai berlebihan: Polis

Salah seorang mangsa yang dipercayai lemas dalam kejadian di Tasik Rekreasi Sungai Chua.
Salah seorang mangsa yang dipercayai lemas dalam kejadian di Tasik Rekreasi Sungai Chua.
A
A
A

KAJANG - Tragedi sampan terbalik yang mengorbankan dua beranak dalam kejadian di Tasik Rekreasi Sungai Chua di sini petang Sabtu dipercayai berpunca akibat muatan pokok teratai berlebihan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan mendapati terdapat tiga mangsa ketika kejadian sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Menurut Mohd Zaid, ketika kejadian sampan dinaiki tiga beranak itu dipercayai hilang imbangan mengakibatkan ia terbalik.

"Sampan tersebut diisi dengan muatan pokok teratai yang dibersihkan dan ia dipercayai diisi sehingga berlebihan mengakibatkan sampan hilang imbangan.

"Dalam kejadian tersebut seorang anak mangsa berumur 17 tahun dapat menyelamatkan diri, manakala mangsa yang berumur 50 tahun dan seorang lagi anak yang berumur 15 tahun gagal menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pada petang Sabtu, seorang bapa bersama anak lelakinya lemas setelah sampan yang dinaiki terbalik dalam kejadian di Tasik Rekreasi Sungai Chua di sini.

Bagaimanapun seorang mangsa yang berumur 17 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!