Berpuluh penerbangan dibatalkan, lapangan terbang Lisbon kecoh

Lapangan terbang Lisbon - Foto123RF
Lapangan terbang Lisbon - Foto123RF
A
A
A

LISBON - Sebanyak 65 penerbangan di lapangan terbang Lisbon dibatalkan pada Sabtu, mengakibatkan ribuan penumpang terkandas dan terpaksa beratur panjang, lapor Xinhua.

Menurut syarikat penerbangan TAP, pembatalan itu disebabkan insiden tayar jet peribadi pecah, memaksa landasan lapangan terbang ditutup.

Sebaliknya, pengawal udara ANA (Aeroportos de Portugal) mendakwa, ia disebabkan masalah yang lebih besar iaitu kekangan perkhidmatan di beberapa lapangan terbang Eropah.

"Sebanyak 65 penerbangan dibatalkan pada hari ini, 40 ketibaan dan 25 pelepasan akibat masalah perkhidmatan di beberapa lapangan terbang Eropah," menurut ANA dalam satu kenyataan media.

Lapangan terbang Lisbon telah mengambil langkah-langkah sewajarnya termasuk mewujudkan kaunter mudah alih tambahan untuk menjadualkan semula penerbangan.

Kelewatan dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang di Eropah juga susulan pekerja terminal dan syarikat penerbangan melancarkan mogok. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!