Lelaki maut nahas tiga kereta

Seorang lelaki maut manakala rakannya dilaporkan kritikal dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pada tengah malam Ahad. - Foto ihsan pembaca
Seorang lelaki maut manakala rakannya dilaporkan kritikal dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pada tengah malam Ahad. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut manakala seorang rakannya parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raja Uda, di sini pada 12.15 tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa, 29, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) merupakan penumpang hadapan kereta Perodua Axia yang pandu rakannya.

"Rakannya yang duduk di tempat duduk penumpang belakang pula dilaporkan kritikal. Kini dirawat di hospital sama.

"Pemandu lelaki kereta Perodua Axia berusia 20-an bagaimana hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas mengenai kemalangan itu, Mohd Radzi berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kereta Perodua Axia sedang membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan dan dilanggar oleh sebuah Honda City yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, Perodua Axia telah berpusing lalu terlanggar Perodua Alza yang sedang berhenti di tepi jalan.

"Pemandu kereta Honda City, Perodua Axia dan Perodua Alza hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!