Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sindiket seleweng diesel lebih RM14.4 juta tumpas

03 Julai 2022 | VIDEO
A
A
A

BERITA SEMASA 3 JULAI 2022

Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bernilai lebih RM14.4 juta susulan penahanan 13 lelaki di sebuah premis di Sungai Bauk, Tanjung Belungkor Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan jam 11 malam itu, sebanyak 138,000 liter diesel dirampas dan menyita sebuah kapal tangki, empat buah tangki treler, sebuah kereta Toyota Vios serta empat unit pam penyedut minyak.

Baca artikel penuh DI SINI

#SinarHarian #BeritaSemasa