Jiran hidu bau busuk
BAYAN BARU - Seorang jurutera didapati meninggal dunia di bilik sewanya selepas mengadu sakit beberapa hari lalu.
Mangsa menyewa di sebuah rumah bersama tujuh penyewa lain namun tinggal berasingan bilik.
Difahamkan, jiran di perumahan itu menghidu bau busuk lalu menghubungi pemilik rumah berkenaan.
Dipercayai mangsa telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu di bilik sewanya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kematian mangsa disedari pemilik rumah yang disewa mangsa pada jam 10 pagi tadi.
Menurutnya, sebelum kematiannya, mangsa ada mengadu sakit perut dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.
"Siasatan awal mendapati, mangsa, Ooi Boon Khuan yang berusia 29 tahun tiada sejarah sakit sebelum ini.
"Mangsa yang berasal dari Simpang Empat Kangkong, AloKeputusan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung.r Setar itu masih bujang.
"Beberapa hari lalu, mangsa ada mengadu sakit dan telah mendapat rawatan di sebuah klinik berdekatan. Mangsa dipercayai gastrik dan ada mengambil ubat berhubung penyakitnya itu," katanya ketika dihubungi tadi.
Tambahnya, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Anbalagan berkata, mayat dibawa ke Hospital Balik Pulau dan keputusan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!