Kemelut Wanita PKR Terengganu selesai

Sharifah Norhayati (duduk, dua dari kanan) dan Haniza (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama kepimpinan Wanita PKR selepas selesai mesyuarat.
Sharifah Norhayati (duduk, dua dari kanan) dan Haniza (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama kepimpinan Wanita PKR selepas selesai mesyuarat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kemelut Ketua Wanita PKR Terengganu dianggap selesai selepas Ketua Wanita PKR Pusat, Haniza Talha turun ke negeri ini mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua wanita cabang PKR dalam satu mesyuarat khas semalam.

Mesyuarat pertama kali melibatkan Haniza itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Ali dan semua ketua wanita cabang kecuali Setiu kerana cuti bersalin dan Marang yang masih di peringkat penubuhan jawatankuasa penaja.

Sebelum ini, Wanita PKR negeri bergolak apabila Sharifah Norhayati Syed Omar yang dilantik sebagai Ketua Wanita PKR negeri oleh kepimpinan wanita Pusat tidak diiktiraf PKR Terengganu dengan cara melantik individu lain menerajui sayap PKR itu.

Sharifah Norhayati berkata, beliau beryukur dengan perkembangan terbaharu itu dan fokus utama Wanita PKR Terengganu sekarang adalah mendekati masyarakat untuk menarik minat mereka menyertai dan berjuang bersama keadilan.

“Saya anggap perkara ini selesai dan fokus sekarang adalah kerja keras. Ketepikan benda remeh temeh sebab kita ada matlamat sama, marilah kita buka lembaran buku baharu dalam memastikan Terengganu mencapai kenenangan dalam PRU15 nanti.

“Berbanding negeri menang lain, kerja kita di Terengganu tiga kali ganda lebih kena lebih kuat dan saya masih menekankan penambahan ahli di setiap Parlimen serta cabang. Kena buat lebih banyak program untuk tarik minat,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Hotel Tanjung Vista itu, Sharifah Norhayati turut membentangkan gerak kerja dan aktiviti yang telah dijalankan Wanita PKR negeri bermula November hingga 15 Mac lalu selain cadangan program hingga Disember nanti.

Sementara itu, Haniza dalam ucapannya mengingatkan Wanita PKR Terengganu meneruskan gerak kerja tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak yang berniat untuk memecah belahkan parti.

Artikel Berkaitan:

“Kerana wanita adalah sayap yang boleh buat keputusan sendiri. Kena berani bersuara dan yakin dengan diri sendiri

“Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi Wanita PKR Terengganu kerana berjaya menambah keanggotaan seramai 1,500 orang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!