Penganggur didakwa bunuh teman wanita

Penganggur, Lee Wei Shen, 24, (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang pada Isnin atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada 26 Jun lepas. - Foto Bernama
Penganggur, Lee Wei Shen, 24, (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang pada Isnin atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada 26 Jun lepas. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

Lee Wei Shen, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid yang kemudiannya menetapkan 7 September depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia, toksikologi, bedah siasat dan forensik.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wei Shen didakwa membunuh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang pada jam 3.40 pagi, 26 Jun lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuruljannah Aimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mati dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di rumah lelaki itu di Kampung Idaman. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!