Rezeki tukang pisau

A
A
A

Yusof Abdullah, 74, melakukan proses pembuatan pisau ketika tinjauan di Kampung Sena Rendang hari ini.

Kedatangan Aidiladha tidak lama lagi memberi limpahan rezeki buat tukang pisau apabila tidak menang tangan untuk menyiapkan bilah-bilah pisau yang ditempah pelanggan.

Bapa kepada 11 orang anak itu berkata setakat ini dia menerima banyak tempahan pisau pelbagai jenis berharga antara RM120 hingga RM300 seunit bergantung kepada jenis besi, ukuran dan model yang dikehendaki pelanggan.

Menurutnya, dia menghasilkan lebih 10 jenis pisau antaranya golok kebun, bilah sembelih, bilah lapah, golok tulang dan kapak yang ditempah pelanggan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Regatta Lepa Semporna Ke-29

No Image Caption
GALERI

Program Dua Tahun Kerajaan MADANI