Nenek meninggal, Sissy Imann ralat

Sissy Imann
Sissy Imann
A
A
A

PENYANYI yang sedang meningkat naik, Sissy Iman meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat berada di sisi neneknya saat insan yang disayanginya itu menghembuskan nafas terakhir.

Menurut selebriti berusia 23 tahun ini, dia mendapat khabar duka tersebut ketika berada di Pulau Langkawi dan tidak dapat pulang kerana tuntutan kerja.

"Pagi ini, saya kehilangan seorang insan yang menjaga saya sejak kecil lagi. Seseorang yang begitu dekat dengan hati saya, nenek saya yang saya panggil mak.

"Saya tidak berada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Lebih mengecewakan saya tidak dapat melihat dan menciumnya untuk kali terakhir.

"Sekarang saya tahu, inilah harga yang saya perlu bayar untuk menjadi seorang artis. Kita buat orang seronok melihat kita di skrin, senyum begini di set tetapi hakikatnya dalam hati siapa yang tahu kan?" tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Tambah Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil apa yang diharapkan orang ramai dapat sedekahkan Al-Fatihah dan titipkan doa buat neneknya.

"Dengan rendah hati, saya mohon kalian sedekahkan al-Fatihah dan titipkan doa buat mak saya.

"Juga buat saya yang tak tahu lah sepanjang mana nak tahan jiwa yang menangis sekarang ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi beberapa perkongsian di akaunnya, Sissy kini terlibat dengan penggambaran telefilem Misi Penculikan Cinta di bawah arahan Amor Rizan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!