Presiden Singapura positif Covid-19
"Baru saja didapati positif Covid-19 dengan mengalami simptom ringan seperti selesema," tulis Halimah dalam hantaran terkininya di Facebook.
Halimah, 67, bagaimanapun bersyukur kerana telah lengkap divaksin dan menerima dos penggalak.
"Saya berharap dapat pulih secepat mungkin dan maaf kerana tidak dapat hadir untuk beberapa acara minggu ini," katanya.
Rata-rata pengikut di Facebooknya mendoakan agar beliau cepat sembuh. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!