Remaja AS pancing ikan berwarna putih
NASHVILLE - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang memancing di Sungai Tennessee, Amerika Syarikat (AS) berjaya menaikkan seekor ikan air tawar berwarna putih baru-baru ini.
Remaja itu, Edwards Tarumianz yang berusia 15 tahun memancing ikan tersebut dengan dengan jorannya pada pagi 28 Jun lalu,
Ketika itu, Tarumianz sedang mengambil bahagian dalam lawatan memancing yang diketuai oleh Richard Simms dari Scenic City Fishing Charter.
Ikan air tawar itu tergolong dalam spesies Ictalurus furcatus.
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.
Tetapi spesimen yang ditangkap Tarumianz kebanyakannya berwarna putih dengan beberapa bahagian merah jambu muda pada siripnya.
Dia bagaimanapun, melepaskan kembali ikan tersebut ke dalam sungai.
Namun, ikan itu mungkin menghidap leucism iaitu keadaan yang menyebabkan hidupan tersebut berwarna pucat atau mempunyai kawasan pewarnaan yang berkurangan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!