6 maut dalam tembakan rambang Hari Kemerdekaan AS
HIGHLAND PARK - Seorang lelaki muda yang bersenjata raifal menembak mati enam orang pada perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) di pinggir bandar Chicago.
Suspek dipercayai melepaskan tembakan ke arah orang ramai dari atas bumbung, sekali gus mencetuskan huru-hara apabila penonton yang panik berlari menyelamatkan diri.
Pegawai kecemasan berkata, kira-kira puluhan orang, termasuk kanak-kanak dirawat kerana kecederaan terkena tembakan, dengan beberapa berada dalam keadaan kritikal.
Ejen-ejen polis dan polis persekutuan yang datang dengan kenderaan berperisai, menyerbu ke kawasan Highland Park, Illinois bagi memburu suspek.
Pihak polis berkata, suspek telah dikenal pasti sebagai Robert E Crimo III berusia 22 tahun.
"Suspek telah ditangkap dan dipercayai bertanggungjawab atas apa yang berlaku," kata jurucakap Pasukan Petugas Jenayah Utama Lake County, Chris Covelli pada malam Isnin. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!