AS ancam ekonomi, hak kesihatan rakyat Iran
Ali Bahadori Jahromi dalam satu ciapan di Twitter menyatakan "tidak ada negara lain di dunia yang menjadi sasaran dan, lebih memahami jenayah hak asasi manusia AS selain Iran."
Iran menjadi sasaran sekatan AS sejak empat dekad yang lalu. Sekatan itu semakin diperhebat selepas penarikan Washington daripada perjanjian nuklear 2015, dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama, yang ditandatangani antara Tehran dan kuasa-kuasa dunia pada Mei 2018.
Meskipun AS mendakwa ubat-ubatan dan peralatan perubatan tidak termasuk dalam senarai sekatan, Iran tidak boleh mengimport barangan berkenaan kerana sekatan yang dikenakan ke atas sektor perbankannya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!