Napsiah beri keterangan berkaitan 'flash mob' harga barang

Napsiah (kanan) bersama peguamnya Faizal tampil di Balai Polis Bukit Jelutong di sini pada Selasa.
Napsiah (kanan) bersama peguamnya Faizal tampil di Balai Polis Bukit Jelutong di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Bidadari Malaysia Napsiah Khamis Maharan dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan 'flash mob' membantah kenaikan harga barang di Mentakab, Pahang pada Sabtu.

Napsiah bersama peguamnya Faizal Rahman tampil di Balai Polis Bukit Jelutong di sini pada jam 1 petang Selasa.

Faizal berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama kepada pihak polis dalam membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Napsiah berkemungkinan akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan sekiranya ada soalan lanjut daripada pegawai penyiasat kes," katanya pada sidang akhbar di hadapan Balai Polis Bukit Jelutong di sini pada Selasa.

Sementara itu, Napsiah berkata, isu kenaikan harga barang memberi kesan kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

"Kenaikan harga barang ini sangat drastik, ia turut menganggu kehidupan serta sosioekonomi rakyat Malaysia," ujarnya.

Dipercayai kira-kira 30 orang mengambil bahagian dalam flash mob yang diadakan di sebuah persimpangan lampu isyarat di bandar Mentakab pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!