Malaysia Masters: Pearly-Thinaah tepati ramalan
BEREGU wanita negara, Pearly Tan- M Thinaah menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua terbuka Malaysia selepas menidakkan cabaran wakil India Teressa Jolly-Gayathri Pulela di pusingan pertama pada Selasa.
Beregu yang kini menduduki ranking ke-10 tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasangan India itu dengan keputusan straight set 21-14, 21-14 dalam tempoh 37 minit.
Turut mengiringi Pearly-Thinaah di pusingan dua adalah seorang lagi beregu wanita negara Anna Cheong-Teoh Mei Xing yang berjaya mara selepas menewaskan pasangan adik beradik Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dengan kemenangan straight set, 21-19, 21-17.
Bagaimanapun hasrat untuk melihat pasangan muda negara, Low Yee Yuan-Valeree Siow untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas akur tumpas kepada gandingan Indonesia, Febby Valencia-Ribka Sugianto, 12-21, 17-21.
Turut gagal mara ke pusingan seterusnya adalah beregu profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin yang tewas kepada pasangan nombor satu dunia, Chen Qing Chen- Jia Yi Fan, 17-21, 21-23.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!