Banjir di Baling: Kedah perlu adakan suruhanjaya siasatan

Penduduk setempat menolak motosikal yang rosak selepas dilanda banjir petang Isnin. - Foto Bernama
Penduduk setempat menolak motosikal yang rosak selepas dilanda banjir petang Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Kedah perlu mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling dan Gunung Jerai baru-baru ini, menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, siasatan itu perlu bagi memastikan punca sebenar apa yang berlaku di negeri itu selain mengenal pasti langkah dan jurang yang perlu ditangani dengan segera.

"Bagi menjelaskan perkara ini dan mendapatkan semula keyakinan orang ramai, SAM sekali lagi menyeru kerajaan negeri Kedah untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam.

"Sekadar menyalahkan alam semula jadi tidak berkesan lagi kerana keamatan dan kekerapan hujan lebat berikutan perubahan iklim akan menjadikan masalah berulang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Banjir di Baling meragut tiga nyawa, manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dan kira-kira 70 rumah lagi rosak. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!