Tak nak dengar nasib bekas atlet terabai

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) bersama Moderator, Tan Sri Johan Jaafar pada Program Bicara Minda di Seksyen 15 Shah Alam hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) bersama Moderator, Tan Sri Johan Jaafar pada Program Bicara Minda di Seksyen 15 Shah Alam hari ini.
A
A
A
PELAN membantu nasib bekas atlet akan dibawa kepada perhatian kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, selepas ini beliau tidak mahu lagi mendengar mengenai isu kebajikan bekas atlet terabai.

"Minggu depan saya akan bawa pelan membantu kebajikan mereka ini ke dalam mesyuarat jemaah menteri.

"Saya tak nak dengar kebajikan mereka terabai," katanya dalam program Bicara Minda, Sinar Harian di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, kebajikan dan keistimewaan atlet juga akan diberi perhatian oleh kementeriannya.
Artikel Berkaitan:


"Selasa depan saya akan mendatangi MOU dengan tiga universiti di mana biasiswa sukan dan kebajikan atlet dimudahkan kerana mereka bawa jenama negara," katanya.

Sebelum ini timbul beberapa kisah nasib bekas atlet yang terbiar, terbaharu bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dilaporkan terpaksa menjadi gelandangan rentetan ketidakmampuannya menampung kehidupan selepas menderita sakit jantung.

KBS dilaporkan sedang mencari bekas pemain kebangsaan yang kurang bernasib baik itu untuk dibantu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!