Niakhate teruja sertai Nottingham Forrest
PEMAIN baharu Nottingham Forest, Moussa Niakhate mengakui teruja untuk beraksi dengan kelab berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim panas ini.
Bekas pemain perrahanan kelab Mainz 05 itu turut berazam membantu Forrest melakar lebih banyak kejayaan musim ini.
“Saya rasa bagai bermimpi apabila ditawarkan beraksi di EPL kali ini. Ia memang merupakan impian saya sejak kecil.
“Oleh itu saya tidak akan mensia-sia peluang ini dan berazam untuk beraksi lebih lama dalam saingan EPL,” katanya.
Untuk rekod, Niakhate merupakan antara tonggak penting Mainz 05 apabila membantu kelab berkenaan menamatkan saingan Bundesliga pada kedudukan kelapan musim lalu.
Niakhate yang turut menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Forrest dilaporkan telah beraksi dalam 135 perlawanan di Bundesliga sejak musim 2018 lalu.
Beliau juga mejadi pemain keempat yang dibawa masuk setelah pemain pertahanan, Giulian Biancone, Dean Henderson (penjaga gol) dan penyerang, Taiwo Awoniyi.
Sementara itu, Niakhate mahu memastikan Forrest muncul selaku pencabar utama dalam saingan EPL musim ini.
Katanya, perkara itu mampu direalisasikan berdasarkan kapasiti pemain yang dimiliki Forrest musim ini.
“Saya percaya pasukan ini mampu menghasilkan kejayaan dan mencipta sesuatu musim ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!