Lima LRA terkesan akibat banjir di Baling beroperasi semula

Anee Nakashah Izwan, 8, dan penduduk mendapatkan sumber air dari paip perigi Masjid Jamek Kampung Binjai, Batu Maung pada Khamis. - Foto Bernama
Anee Nakashah Izwan, 8, dan penduduk mendapatkan sumber air dari paip perigi Masjid Jamek Kampung Binjai, Batu Maung pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini yang sebelum ini terkesan akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas telah pulih pada Khamis.

Bahagian Komunikasi Korporat Syarikat Air Darul Aman (SADA) memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi, LRA Sungai Petani, LRA Pinang Tunggal, LRA Kulim Hi-Tech, LRA Kuala Ketil Lama dan LRA Kuala Ketil Baru telah beroperasi pada kadar maksimum.

"Kesemua LRA telah pulih dan tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Pengguna yang terkesan dengan gangguan bekalan air itu akan menerima bekalan air secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi Facebook SADA, pada Khamis.

Pada Rabu, sebanyak 280,000 akaun pengguna SADA di tiga daerah iaitu Baling, Kuala Muda dan Kulim terjejas berikutan gangguan bekalan air yang disebabkan oleh kadar kekeruhan air mentah yang tinggi akibat insiden berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!