Nina Nadira selamat bersalin anak pertama
PELAKON, Nina Nadira dan suami Farhan Rusman selamat menimang cahaya mata pertama perempuan.
Kongsi Nina sambil menggendong anak di samping ditemani suami.
"Alhamdulillah terima kasih atas segala ucapan yang diberikan. Akhirnya saya selamat melahirkan puteri, Nina Lilyana Ahmad Farhan.
"Proses bersalin saya berjalan dengan lancar. Terima kasih suami, terima kasih kerana menjadi strongest support system.
"Entahkan dapat atau tidak untuk saya jalani semua ini tanpa awak. Sayang awak berdua sangat-sangat," coretnya.
Pasangan Nina dan suami selamat mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!