Anna Ching-Mei Xing cipta kejutan

Gandingan Anna Cheonf-Mei Xing mahu terus lakar kejutan. - foto fb FAM
Gandingan Anna Cheonf-Mei Xing mahu terus lakar kejutan. - foto fb FAM
A
A
A

GANDINGAN beregu wanita negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing melakar kejutan apabila menumpaskan beregu nombor lima dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-11 21-15 pada Khamis.

Tambah manis apabila kejayaan berkenaan turut menebus kekalahan 21-18, 12-21, 15-21 kepada gandingan Jepun itu pada saingan suku akhir Petronas Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Mengulas lanjut, Anna Ching berkata, dia sememangnya tidak menyangka mampu menewaskan beregu berkenaan yang dilihat berada pada prestasi terbaik pada kejohanan kali ini.

Bagaimanapun, menurut Anna, dia dan Mei Xing berjaya membaca corak taktikal lawan dan seterusnya memanfaatkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan mereka bagi mencatatkan kemenangan berkenaan.

“Sebenarnya, kami memang tidak menyangka dapat menewaskan mereka..tetapi kali ini kami dapat lihat mereka banyak buat unforce error.

“Kami menggunakan kesempatan itu untuk terus mengasak mereka dalam usaha mendapatkan mata.

“Akhirnya, kami berjaya memerangkap mereka untuk melakukan lebih banyak kesilapan sebelum memenangi perlawanan kali ini,” katanya.

Kemenangan Anna Ching-Mei Xing menyaksikan mereka bakal berdepan beregu nombor lima darik Korea Selatan, Jeon Na Eun-Kim Hye Jeong pada Jumaat dalam usaha mara ke separuh akhir.

Menurut Anna Ching, biarpun masih belum pernah berdepan dengan beregu nombor 11 duna itu, namun mereka tetap mahu memberikan aksi terbaik bagi menjamin kejayaan dan mara ke peringkat seterusnya.

Mengulas lanjut Mei Xing berkata, kejayaan berkenaan diharap dapat menebus kekecewaan mereka pada saingan Piala Uber sebelum ini.

Katanya, kejayaan berkenaan turut membuktikan mereka telah kembali bangkit bagi melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Kejayaan ini menjadi bukti bahawa kami telah bangkit daripada kekecewaan di Piala Uber sebelum ini.

“Walaupun menerima banyak kecaman, namun kami tetap fokus bagi memperbaiki coarak permainan kami di bawah coach, Rexy Mainaky (Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM),” katanya.

Sementara itu Mei Xing berkata, corak latihan yang diterapkan Rexy banyak membantu bagi mengubah corak permainan mereka ketika ini.

Katanya, corak permainan sedemikian dapat diteruskan dalam usaha mencatatkan lebih banyak kemenangan selepas ini.

“Benar, latihan daripada coach Rexy bayak membantu kerana kami boleh nampak banyak perubahan pada corak permainan kami ketika ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!