Lelaki ini kongsi video mengejutkan!
Paparan skrin ciapan PU Nasir Pasir berkenaan insiden itu.
A
A
A
Kisah yang dikongsikan itu menarik perhatian netizen di laman mikro Twitter.
Video berdurasi 18 saat itu tular sejak 4 Disember lalu setelah dimuat naik di Twitter, PU Nasir Pasir.
Menerusi entri itu, lelaki di dalam video itu adalah rakannya yang bekerja sehingga lewat malam dan secara tiba-tiba berasa dirinya diperhatikan daripada belakang sehingga mendorongnya merakam video mengguna telefon pintar.
Tiba-tiba apa yang berlaku, kerusi di belakangnya secara tiba-tiba bergerak dan berpusing sendiri tanpa sesiapa di sisi kerusi berkenaan.
Video itu rata-rata menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman aneh dan pelik ketika berada di pejabat secara bersendirian ketika waktu malam.
Kata Azizi Ariffin, pengalaman aneh itu sering berlaku di makmal komputer sekolahnya.
Menurutnya, beberapa barang yang telah tersusun rapi pada keesokannya akan bersepah dan sangkaan awal berkemungkinan dimasuki pencuri.
Namun setelah melihat menerusi rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), dikatakan berlaku gangguan mistik seperti kerusi bergerak sendiri, komputer akan tertutup dan terbuka tanpa diusik.
Ada juga yang berseloroh berkata, mungkin 'dia' marah sebab tak dapat hidupkan komputer.
"Dia stress tu buka pc tak boleh," tulis miss'a.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!