Pemuda ditemui mati depan rumah
PASIR PUTEH - Seorang pemuda ditemukan mati di hadapan rumahnya di Kampung Kuala Semerak pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintanden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pada jam 6.45 pagi pihaknya menerima panggilan telefon mendakwa seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di anjung rumahnya.
"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah.
"Pemeriksaan pada tubuh mangsa berusia 36 tahun itu juga tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pegawai perubatan dari Hospital Tengku Anis di sini mendapati punca kematian si mati adalah disebabkan asphyxia iaitu kekurangan oksigen dalam darah.
Beliau berkata, mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun siasatan lanjut masih lagi diteruskan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!