Ramlee Awang Murshid hasil 30 novel dalam masa 21 tahun

Ramlee meluangkan masa bertemu peminatnya, semalam.
Ramlee meluangkan masa bertemu peminatnya, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menghasilkan 30 novel dalam tempoh masa 21 tahun memberi pelbagai hikmah buat penulis terkenal, Ramlee Awang Murshid mempertahankan namanya sebagai pengkarya sastera di negara ini.

Menurutnya, jatuh bangun kerjayanya sebagai penulis menjadi anjakan buat dirinya untuk lebih cemerlang dalam menghasilkan karya-karya yang kini berjaya mendapat tempat di hati peminatnya.

“Bila dikenang semula, baru saya sedar sebenarnya sudah lama saya berada dalam bidang penulisan ini, masa begitu pantas.

“Dalam tempoh itulah saya melalui saat-saat jatuh bangun sebagai seorang penulis yang mahu memperkenalkan karya kepada orang ramai terutama ketika awal kerjaya, di mana selepas 10 tahun barulah karya saya dikenali,” katanya selepas majlis meraikan 30 novel karya Ramlee Awang Murshid sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon terkenal, Aeril Zafril yang juga merupakan antara pembaca tegar karya Ramlee.

Pada masa sama, katanya, sepanjang menjalani kerjaya sebagai penulis, beliau juga tidak pernah terkecuali terkena tempias kritikan dan cabaran itu menjadikan dirinya lebih bersemangat meneruskan perjuangannya.

“Sebenarnya untuk berjaya, seseorang itu tidak ada jalan pintas, setiap apa juga cabaran perlu dilalui dengan yakin dan sabar.

Artikel Berkaitan:

Majlis meraikan 30 novel karya Ramlee Awang Murshid sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Majlis meraikan 30 novel karya Ramlee Awang Murshid sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kritikan-kritikan yang dilemparkan tidak pernah mematahkan semangat saya untuk hasilkan karya yang berkualiti untuk pembaca,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Ramlee memberitahu dia kini sibuk mempromosikan novel terbarunya, Anding Ayangan ll.

“Anding Ayangan yang pertama lebih kepada pengenalan, dan untuk Anding Ayangan ll ini, rentak jalan ceritanya lebih rancak di mana ia lebih kepada pergolakan yang berlaku.

“Kali ini saya ambil masa lebih kurang enam bulan untuk hasilkan novel ini dan insya-ALLAH pembaca akan berpuas hati dengan kisah ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, keperibadian yang dimiliki Ramlee adalah antara faktor kejayaannya pada hari ini.

“Beliau seorang penulis yang tidak pernah terputus idea dan seorang yang sangat gemar merendah diri.

“Keperibadiannya harus dicontohi dan kalau kita lihat sekarang terlalu ramai penulis namun yang membezakan beliau dengan yang lain adalah adab dan akhlaknya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!