Nafi keluar kenyataan perbicaraan SRC tidak sah
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara menafikan satu kenyataan tular berhubung Pejabat Peguam Negara telah menetapkan perbicaraan SRC tidak sah kerana kesilapan prosiding.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Peguam menafikan ada membuat ketetapan seperti yang tersebar itu dan menegaskan berita itu adalah sama sekali tidak benar dan palsu.
Jelasnya, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pendengaran rayuan kes SRC melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan dibicarakan bermula 15 Ogos 2022.
"Jabatan Peguam Negara akan hadir sebagai responden atau pendakwa raya.
“Jabatan ini akan meneruskan dengan rayuan kes tersebut dan akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan,” jelasnya pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!