Penerbangan Firefly ke Singapura diketahui tidak lama lagi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menunjukkan kad diskaun semasa Majlis Pelancaran Kad Diskaun Xtra20 KTM Komuter di KL Sentral hari ini. -Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menunjukkan kad diskaun semasa Majlis Pelancaran Kad Diskaun Xtra20 KTM Komuter di KL Sentral hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai penggantungan perkhidmatan penerbangan Firefly ke Singapura sejak Disember tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata pihaknya masih dalam proses memuktamadkan butiran mengenai perkara itu.

Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines, menggantung penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Disember lalu sehingga pihak berkuasa menyelesaikan perkara berkaitan dengan rancangan pihak berkuasa Singapura untuk memindahkan operasi pesawat turbo-prop dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Seletar.

"Kami harap syarikat penerbangan itu boleh menyambung semula perkhidmatan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kad Diskaun Xtra20 Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Komuter oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini hari ini.

Sebelum ini, Firefly mengadakan 20 penerbangan ke Singapura dari Subang, Ipoh dan Kuantan. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!