Skuad B-19 buru tiga mata berdepan Timor Leste

Pemain B-19 negara, Azannis Adzri Abdul Halim (tengah) cuba melepasi kawalan pertahanan Singapura dalam aksi di Stadium Madya, Senayan, Jakarta pada Sabtu. - Foto FB FAM
Pemain B-19 negara, Azannis Adzri Abdul Halim (tengah) cuba melepasi kawalan pertahanan Singapura dalam aksi di Stadium Madya, Senayan, Jakarta pada Sabtu. - Foto FB FAM
A
A
A

MALAYSIA memburu tiga mata apabila menentang Timor Leste dalam aksi ketiga Kumpulan B Kejuaraan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) di Stadium Madya, Senayan, Jakarta pada Sabtu.

Menurut pengendali skuad B-19 negara, Hassan Sazali Mohd Waras, kesebelasan skuad Harimau Muda itu diyakini mampu merealisasikan perkara berkenaan berdasarkan kepada prestasi yang dipamerkan setakat ini.

“Secara keseluruhannya, kita memang memburu tiga mata pada perlawanan menentang Timor Leste ini bagi mencerahkan peluang untuk ke separuh akhir nanti.

“Oleh itu, diharapkan kesemua pemain yang beraksi nanti dapat memberikan yang terbaik bagi menjamin kejayaan pasukan,” katanya.

Untuk rekod, skuad B-19 negara itu kini berada pada kedudukan kedua Kumpulan B dengan empat mata hasil satu kemenangan dan seri sekali setakat ini.

Skuad Harimau Muda menang 2-1 ke atas Kemboja Selasa lalu sebelum terikat tanpa jaringan berdepan Singapura pada Khamis.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Hassan Sazali berkata, setakat ini kesemua pemain dilaporkan cergas dan boleh diturunkan pada bila-bila masa.

“Setakat ini kita dimaklumkan bahawa kesemua pemain bebas daripada kecederaan termasuk penggantungan perlawanan.

“Oleh itu, kita mungkin berpeluang untuk menurunkan kesebelasan terbaik menentang Timor Leste dan seterusnya mencatatkan kemenangan yang diinginkan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!