Tauke dedah 20 tahun seludup minyak

No Image Caption
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang tauke yang bertindak sebagai penyeludup mendedahkan dia mampu menjual 5,100 peket minyak masak bersubsidi sehari ke negara jiran bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Dakwa tauke berkenaan, kesemua minyak masak bersubsidi itu dibawa masuk ke negara jiran menggunakan pangkalan haram yang berada berhampiran Sungai Golok di sini.

“Permintaan tinggi daripada penduduk negara jiran menjadi faktor utama kami menyeludup selain daripada harga di sana yang lebih tinggi kerana perbezaan mata wang. Setiap kotak minyak masak peket yang berharga RM44 sekotak (di Malaysia) itu dijual dengan harga RM90 di Thailand.

“Jika di sini (Malaysia) minyak masak peket dijual dengan harga RM2.50 sepeket, kita tolak harga RM5.30 dan dijual di Thailand dengan harga sekitar RM6 hingga RM6.50,” katanya yang sudah 20 tahun terlibat dengan aktiviti penyeludupan.

Baca laporan penuh berita penyiasatan ini di Sinar Premium

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!