JTDLKM : Kelantan rekod jualan sebanyak RM215,697
Beliau berkata, jualan itu dijangka terus meningkat berikutan sambutan yang sangat menggalakkan oleh rakyat di negeri itu melalui beberapa komoditi terpilih yang ditawarkan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
"Program ini memberi nilai penjimatan kepada pengguna sekurang-kurangnya antara lima hingga 10 peratus bagi produk-produk terpilih berbanding harga semasa di pasaran.
"Oleh itu, pelaksanaan program ini sangat bertepatan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat untuk mendapatkan bekalan barangan makanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program khas JTDLKM pada Sabtu.
Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, melalui program tersebut juga dianggarkan seramai 420,000 pengguna di seluruh negara akan mendapat manfaat dengan sasaran nilai jualan berjumlah RM10.5 juta tahun ini.
"Program ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghidupkan semula konsep jihad memerangi orang tengah yang bertujuan untuk memendekkan rantaian pemasaran agromakanan bagi memberi harga yang terbaik kepada pengguna," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!