Siasatan, tindakan akan diambil terhadap pelaku hina Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad. - Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan bahawa beliau tidak pernah bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang tidak senonoh atau menghina kesucian agama Islam.

Beliau berkata, sekiranya mengenal pasti perbuatan sedemikian, siasatan akan dilakukan dan tindakan selanjutnya akan diambil khususnya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku agensi yang bertanggungjawab.

Menurutnya, pihak berkuasa agama negeri juga akan dihubungi untuk bertindak berdasarkan lokasi pelaku terbabit.

"Jika berlaku melalui media sosial pihak saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil tindakan.

"Insya-ALLAH inilah tertib kerja kita. Teruskan melapor, ini tanggungjawab bersama," katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Baru-baru ini, sebuah video tular melibatkan seorang individu yang dipercayai menghina kesucian agama Islam di sebuah kelab komedi di sekitar Taman Tun Dr Ismail.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!