PM ucap selamat menyambut Aidiladha kepada Keluarga Malaysia

Foto Facebook Ismail Sabri
Foto Facebook Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada Sabtu, mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok kepada semua Keluarga Malaysia beragama Islam.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ismail Sabri turut berharap Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung agar memandu secara berhati-hati selain mendoakan keselamatan mereka semua supaya selamat tiba di destinasi.

"Sesungguhnya Hari Raya Aidiladha pada kali ini disambut dengan penuh keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran.

"Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah diseru dalam Islam. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta," katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana umat Islam dapat kembali meraikan sepenuhnya Aidiladha tahun ini selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!