Reman suspek kelar isteri, bayi disambung tiga hari

Suspek bunuh isteri dan bayi dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin.
Suspek bunuh isteri dan bayi dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Tempoh reman terhadap suspek utama kes kelar isteri dan seorang bayi di Bakar Batu disambung tiga hari.

Lanjutan reman terhadap suspek lelaki berusia 25 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Suhaila Shafiuddin selepas polis membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.

Suspek tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi anggota polis.

Pada 4 Julai lalu, suspek yang berkerja sebagai pencuci kapal ditahan polis di Permas Jaya kira-kira jam 2.45 petang selepas videonya menunggang motosikal dalam keadaan bogel tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat susulan laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan.

Menurutnya, polis turut merampas sebilah pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah sewaktu suspek ditahan.

Pada Sabtu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan, seramai 11 saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!