Azam bawa Manchester City melangkah lebih jauh

Haalan - Foto AFP
Haalan - Foto AFP
A
A
A

BINTANG baharu Manchester City, Erling Haaland berazam membawa The Citizens melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas diumumkan secara rasmi pemain juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Malah peledak berusia 21 tahun itu memberi jaminan membantu kelab Pep Guardiola tersebut merangkul lebih banyak trofi selepas menandatangani kontrak dari Borussia Dortmund dengan bayaran bernilai 60 juta euro (RM277 juta).

“Liga Juara-Juara adalah kejuaraan kegemaran saya, jadi anda mempunyai jawapan elemen-elemen diperlukan Manchester City untuk melangkah lebih jauh di sana,” kata Haaland.

Haaland memilih kelab Inggeris itu selepas Borussia Dortmund mengaktifkan klausa pelepasan penyerang berusia 21 tahun tersebut yang menakjubkan dengan 86 gol dalam 89 perlawanan untuk sensasi Bundesliga Jerman tersebut.

Malah statistik pemain Norway itu di Liga Juara-Juara lebih mengagumkan dengan 23 gol dalam hanya 19 penampilan untuk Salzburg dan Dortmund.

Untuk rekod, Manchester City telah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeirs dalam lima musim di bawah Guardiola.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!