MLS bukan liga persaraan: Bale

Bale bergambar bersama jersi rasmi LAFC
Bale bergambar bersama jersi rasmi LAFC
A
A
A

PEMAIN baharu Los Angeles FC (LAFC), Gareth Bale langsung tidak menganggap Major League Soccer (MLS) sebagai liga persaraan buat pemain Eropah berprofil tinggi.

Sebaliknya, pemain antarabangsa Wales itu melihat liga tersebut sudah berubah dan semakin kompetitif dalam tempoh 10 tahun tahun kebelakangan ini.

Bale percaya perpindahannya ke LAFC akan membolehkan dia kekal dalam persaingan untuk Wales sekurang-kurangnya sehingga Euro 2024.

“Seperti yang saya katakan, ini adalah liga yang benar-benar berkembang dalam 10 tahun kebelakangan ini.

“Semua orang berusaha untuk memperbaiki liga ini. Saya tidak fikir sesiapa melihatnya sekarang akan menganggap ia sebagai liga persaraan kerana ia benar-benar menuntut pemain untuk berada dalam fizikal yang terbaik.

“Malah jika dibandingkan, kualiti liga ini, stadium dan pasukan bertambah baik. MLS adalah liga yang benar-benar meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, Bale turut memberitahu mahu kekal lebih lama bersama kelab baharunya dan berharap mampu menghadiahkan kejuaraan sulung liga kepada LAFC.

"Saya tidak datang ke sini untuk tempoh yang singkat. Saya mahu meninggalkan kesan kepada liga ini dan berasa kelab mampu memberikan saya peluang bermain sehingga Euro 2024.

“Itu sasarannya dan saya disini untuk memainkan peranan besar," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!