Maguire kekal sebagai kapten United

Maguire
Maguire
A
A
A

TEKA-TEKI individu yang akan memakai lilitan kapten untuk Manchester United musim depan akhirnya terjawab apabila Harry Maguire sah mengekalkan jawatan yang disandangnya musim lepas.

Perkara itu diumumkan sendiri pengurus United, Erik Ten Hag sambil menyifatkan pemain berusia 29 tahun itu mempunyai ciri-ciri untuk menjadi seorang kapten berbanding rakan sepasukannya yang lain.

“Harry Maguire merupakan kapten untuk pasukan kami. Saya sudah mengenali kesemua pemain United, namun dia (Maguire) merupakan individu yang dilahirkan untuk menjadi kapten pasukan.

“Malah dia juga pernah mengecapi beberapa kejayaan sepanjang kariernya sebagai seorang pemain bola sepak,” katanya.

Sebelum ini, masa depan Maguire di Old Trafford mencetuskan persoalan selepas mengharungi musim buruk di mana prestasi dan kepimpinannya dipersoalkan oleh beberapa rakan sepasukannya sendiri.

Ia membawa kepada spekulasi bahawa pemain pertahanan England itu mungkin akan dilucutkan lilitan kapten dengan David de Gea dan Bruno Fernandes antara calon yang akan mengambil alih tugas itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!