Tentera India tembak mati pejuang Kashmir
SRINAGAR - Polis mengesahkan tentera India menembak mati dua pejuang pemisah di bahagian selatan wilayah Kashmir dalam tempoh 24 jam lalu.
Jurucakap polis memaklumkan, kedua-dua anggota pemisah tersebut terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di daerah Pulwama.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Kashmir Vijay Kumar berkata, anggota kumpulan Jaish-e-Mohammad (JeM) yang aktif sejak 2018 dikenali sebagai Kaiser Koka turut terperangkap dalam operasi tersebut.
Kashmir telah dibahagikan antara India dan Pakistan sejak kedua-dua negara diberikan kemerdekaan daripada pemerintahan British pada 1947.
Islamabad dan New Delhi menuntut sepenuhnya wilayah Jammu dan Kashmir.
Lebih setengah juta askar India dikerahkan di wilayah itu bagi memerangi pemberontakan puak pemisah yang menuntut kemerdekaan atau penggabungan Kashmir dengan Pakistan.
Pertempuran telah mengorbankan puluhan ribu orang kebanyakannya orang awam. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!